Enter content here

Enter content here

Enter content here

         Sejarah Sekolah JLJ bermula apabila 1 Wksp AFMC menubuhkan 'Training Wing' untuk melatih bakal petukang sebelum mereka mengikuti kursus di 'REME Training Centre', Ayer Rajah, Singapura. Apabila keperluan latihan semakin meingkat, 'Training Wing' ini telah dipindahkan ke Batu Cantomnent, Kuala Lumpur pada tahun 1960 dan dikenali sebagai 'Trade Testing and Technical Training Centre'. Sebahagian daripada peralatan di 'Training Wing' 1 Wksp AFMC telah dipidahkan ke lokasi baru ini sebagai peralatan bantuan latihan. Pada tahun 1962, organisasi ini telah ditukar namanya kepada Sekolah JLJ.

          Pada peringkat permulaan, kursus-kursus yang dikendalikannya hanya meliputi kursus seperti Pegawai Muda Rejimen, Ketua Kimpu, Amra, Jurugegas, Juruletrik, Mekanik Kenderaan dan Mekanik Kembalik. Pada 15 Apr 1967, Sekolah JLJ dipindahkan ke Kem SiRusa, Port Dickson, menggantikan tempat 1 Wksp JLJM yang dipindahkan ke Kem Sg Besi, Kuala Lumpur. Pada tahun 1968, Sekolah Pertukangan Perantis Angkatan Tentera diwujudkan sebagai salah satu cawangan Sekolah JLJ.Dengan keperluan latihan yang semakin meningkat, Sekolah JLJ telah diperbesarkan dari segi struktur organisasi dan penempatannya. Justeru, dua penempatan baru bagi Sekolah JLJ dibina, iaitu di Kem Segenting pada tahun 1982 dan Kem Kg Sawah pada tahun 1983. Pada tahaun 1992, Kem Segenting telah diserahkan kepada Pusat Latihan Tekrut (Sekarang PUSASDA) dan Sekolah JLJ terus kekal dengan dua buah kem hingga sekarang. Pada tahun 1995, sesuai dengan hasrat Tentera Darat untuk meningkatkan taraf semua sekolah dan pusat latihannya, Sekolah JLJ telah diberikan nama baru, iaitu Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED).

          Pada permulaan penubuhanya, IJED diketua Pegawai Pemerintah (OC) berpangkat Mejar dan kemudian dinaikkan tarafnya sebagai Komandan dengan pangkat Leftenen Kolonel pada tahun 1971. Selain menjadi pusat latihan bagi Kor JLJ Diraja, IJED adalah Rumah Kor JLJ Diraja (Home of Royal EME Corps) yang menempatkan Wisma Perwira dan Wisma Bintara Kor. Wisma Perwira Kor JLJ Diraja telah dirasmikan oleh Mej Jen Dato' Mohd Sani bin Abdul Ghaffar pada 6 Mei 1972. Wisma Bintara KJLJD dirasmikan oleh Kol Mustaffa b. Abdullah (Kom. PDG) pada 24 Ogos 1968.